Pengaruh AI Terhadap Kehidupan Digital
6 Ogos 2026 | Aktiviti TerkiniPada 6 Ogos 2026, 6 orang peserta telah menyertai Taklimat Kempen Internet Selamat yang bertajuk Pengaruh AI Terhadao Kehidupan Digital. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI) serta kesannya terhadap kehidupan digital masa kini.
Sepanjang webinar, penceramah menerangkan peranan AI dalam memudahkan urusan harian seperti pembelajaran, pekerjaan, komunikasi dan penghasilan kandungan digital. Peserta turut didedahkan kepada cabaran penggunaan AI, termasuk penyebaran maklumat palsu, isu privasi data, keselamatan siber serta kepentingan penggunaan teknologi secara beretika dan bertanggungjawab.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: